Pelancaran Logo Sukan Statistik Kebangsaan 2017

Logo Sukan Statistik Kebangsaan 2017 telah dilancarkan pada 15 Ogos 2017 oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBrs. Dr Mohd Uzir bin Mahidin. Majlis penyerahan logo Sukan Statistik ini diketuai oleh YBhg. Datin Rozita binti Talha, Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan dan Tuan Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor di mana Zon Tengah, DOSM Wilayah Persekutuan dan DOSM Selangor menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Statistik Kebangsaan 2017.



Setinggi-tinggi tahniah kepada En. Ahmad Zafli Suhaimi, DOSM Selangor di mana logo rekaan beliau telah dipilih sebagai logo rasmi Sukan Statistik Kebangsaan 2017 julung-julung kalinya.

Tahniah!





Comments